Kecik2 cili padi

May 27, 2009

Pada suatu malam, aku solat maghrib di surau dekat rumah. Lepas solat, aku keluar awal semasa jemaah tgh berwirid. Masa aku nak pakai selipar kat luar tu, ada dua org budak dalam umur 3-4 tahun kat luar tgh merenung  ke dalam surau. Salah sorangnye tanya aku;

“Pakcik, pakai seluar pendek takleh masuk surau eh?” sambil muka cam sedey2.

“Aah la, lain kali pakai la seluar panjang..” kata aku walaupun sebenarnya hati aku nak cakap “Ala lepak la, korang kan kecik lagi”

Tapi mengingatkan berkemungkinan adela pakcik2 mane yg suruh diorang keluar kalau pakai seluar pendek ataupun ‘senior’ derang daripada tabika kemas hujung kampung yg membisikkan pada budak2 tu time derang sama2 tgh ‘sembahyang’ tadi

“Eh, ko tak tahu ke? mane boleh pakai seluar pendek dalam surau. Kalau Pak Anjang nampak nanti habis la ko kena sunat!”, kata ‘senior’ mereka dengan nada seperti upin.

So aku pon nasihatkan je la budak tu suruh derang pakai seluar panjang lain kali.

Sebulan kemudian…

Aku pergi solat maghrib kat surau yg sama, tp mengenangkan aku dah termasbuq ni, so aku naik la beskal adik aku utk sampai lebih cepat. So time aku nak masuk pagar masjid tu aku nampak ada sorang budak kecik tengah berlari2 ke arah aku yg tgh naik beskal tu. Siap berkopiah lagi. Sambil berlari, budak tu menjerit;

“Pakcik2! Saya dah pakai seluar panjang ni, boleh masuk surau?”

“Boleh2″ kata aku dengan separuh terkesima..

Kemudian budak kecik tu menunjukkan ibu jari ‘good’ sambil berlari dan cakap…

“Canteeeekk!”

Pergh.. lagi terkejut aku.. kemain lagi budak ni..

Daripada kisah tu, aku pon buat la some moment of reflection:

1. Betapa hidayah tu milik Allah. Mungkin parents dia tak suruh pon gi surau, tp atas kehendak sendiri dia gi cari seluar panjang and berusaha nak ke surau. Setengah2 org aku tgk mmg mcmtu, diorang ni seolah2 mcm born to be ‘angel’. Kita ni bukan main susah nak melawan nafsu nak bangun tahajjud. Dia rilek je mcm bangun mcm takde nafsu tidur langsung dalam diri diorang.

2. Berkemungkinan remaja2 bermasalah pada hari ni sebenarnya masa kecik2 berminat kepada agama. Tapi mungkin telah ‘dibunuh’ kehendak mereka oleh perkara2 yg remeh oleh mereka yg kurang faham dalam agama menyebabkan mereka semakin jauh daripada agama. Jadi sebagai pendakwah, kita kena berhikmah dan berpandangan positif kepada mereka. Dan mungkin jugak kita kena sasarkan golongan yg lebih muda jgk.

3. Budak2 is simply just comel…


Alhamdulillah…

May 7, 2009

1. Isteri saya telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan di Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan setelah bertungkus lumus selama 7 tahun. Kini beliau bergelar Dr Norliyana Bt Mazli. Lepas ni kena housemanship pulak for 2 years. Kami minta tiga hospital yg berdekatan dengan rumah parents iaitu Hospital Serdang, Putrajaya dan Kajang. Hopefully dapatlah salah satu hospital ni supaya kami tak perlu berjauhan lagi.

2. Isteri kesayangan saya juga sedang mengandungkan anak sulung kami. Dah lebih 3 bulan dah. Dari ultrasound image baru ni dah nampak ada pergerakan.

Jadi, syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yg diberikan. Semoga kami tergolong dalam golongan orang yang bersyukur. Mohon doa dari kalian yang budiman semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen.


Update on myself

December 25, 2008

It has been six months since I came back from the states. Some of the important updates on myself:

1. Got a job at TNB Transmission and finished the Trainee Executive Program (Program Eksekutif Pelatih – first phase) this month. Got a pretty good appraisal from superior. Now, will be serving TNB under Substation Unit. I was hoping for Protection Unit but inshaAllah there is hikmah in everything.

2. Got to increase my knowledge tremendously in Power System (relatively)

3. Since I do quite a lot of traveling for this job, I got to familiarize myself more with the roads in Malaysia.

4. Bought my first car, Savvy, ok la.. got to save on the fuel and it’s not a bad ride actually.

5. Recovering from gastric, went to gastroenterologist at Pantai.

6. Got to see my sayang every week or every other week. Much better than before =)

That’s all for now.


Reunion

July 27, 2008

Sabtu lepas aku telah diziarahi seorang sahabat yang baru pulang bercuti dari syria. Kami menuntut bersama di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat di Pasir Mas dahulu. Beliau pula mengajak aku menziarahi Darul Quran JAKIM, kuala kubu bharu sempena pesta konvo. Aku pon membawa beliau ke sana kerana inilah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke sana. Kat sana, alhamdulillah, aku telah bertemu dengan tidak kurang dari 10 org bekas pelajar yang mana ade di antaranya sudah hampir 8 tahun tidak berjumpa.

Sahabat2 yg aku jumpe tu kebanyakannya adalah junior aku di pasir mas dahulu. Apa yg aku nak ceritakan di sini adalah betapa aku kagum dengan perubahan pada diri masing2. yer lakan, what do u expect, org tu dah membesar selama 8 tahun. Antaranya Ihsan Fadhli. Kalau dulu bukan main nakal dan selalu ponteng kelas. Gaduh pon boleh tahan. Tapi sekarang dah jadi YDP Perkemat (persatuan pelajar kat DQ) which is a huge thing. Bile borak pon dapat aku rasakan akan aura kematangan tu. Fikri Razali, kalau dulu hingus selalu ade kat hidung je.. hehe.. sedap mengata org.. tp takpe sbb gembira.. tapi sekarang sudah macho dan bersih. pastu sekarang menjadi pelajar terbaik Darul Quran dengan pointer 3.9 dan sekarang sudah menjadi ustaz. Hati berbunga-bunga bila pulang dari DQ setelah melihat kejayaan sahabat2. selain itu, boleh dikatakan kesemuanya PR (soft skills)  bagus2 belaka. Semoga kita semua terus istiqamah atas iman dan amal. Keep in touch!


Dakwah

June 9, 2008

Telah seminggu berada di Malaysia. Baru menyertai satu program dan berpeluang duduk berdiskusi dengan sahabat2 yang telah lama pulang ke Malaysia dan terus committed dalam dakwah. 4 jam juga kami berdiskusi. Seronok. Hati kembali basah melihat kesungguhan mereka.


Andai ku tahu…

April 2, 2008

Jumaat lepas, Pengarah Urusan TNB Research, Dr Salim Sairan telah kembali ke rahmatullah. Heart attack semasa di pejabat. Beberapa hari sebelum tu aku telah berbalas email dengannya menyatakan kesungguhan aku utk bekerja di TNB Research. Balasnya;

“Thank you for the interest shown. I shall discuss with my team and shall contact you soon. “

Siapa tahu, Allah menjemputnya sebelum sempat dia membalas email. Mungkin banyak lagi urusan2 yg belum diselesaikan. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan para Salihin. Ameen.

Kes2 sudden death sebegini begitu menginsafkan kerana bimbang tidak bersedia. Berlainan dengan mereka yg sudah boleh mengagak hampirnya hari kematian seperti berpenyakit dan dipredict oleh doktor akan sisa umur. Ini bukanlah kali pertama, sebelum ni pon ramai sudah rakan-rakan yg telah dijemput oleh Allah pada usia muda. Mostly sebab kemalangan dan ada juga yg disebabkan sakit. Namun mengapa perasaan insaf tu hanya sebentar?

Andai aku tahu bila ajalku, masihkah aku akan lalai sebegini?

Kata mereka, cukuplah kematian sebagai peringatan


Malu bertanya sesat jalan (1)

March 17, 2008

“Kamu nak tahu sesuatu tak Zuhdi? Masa saya mengajar kamu dulu, setiap kali sebelum saya masuk ke kelas kamu, saya akan betul2 mengulangkaji pelajaran yg akan diajar pada hari tu” kata Muallimah Adibah yg juga guru matapelajaran Prinsip Akaun dan Matematik Moden saya semasa di Tingkatan 4 dulu. Pengakuan jujur beliau itu pada suatu pertemuan setelah habis SPM membuka minda saya.

“Saya ingatkan saya sorang je mcmtu, rupa-rupanya muallimah-muallimah lain pon mengalami nasib yg sama. Saya pernah tanya Muallimah Faridah yg mengajar kamu Addmath kenapa tekun sangat buat revision ni. Dia jawab ‘Biasalah, nak masuk kelas Zuhdi lepas ni’”, Muallimah Adibah melanjutkan lagi penerangannya. Saya dibelenggu rasa bersalah. Takkanlah sampai mcmtu sekali para muallimah bersiap sedia untuk menjawab soalan-soalan saya.

Saya mencari punca, mungkin tiba masanya saya muhasabah diri. Saya rasa soalan-soalan dari saya bolehlah dibahagikan secara amnya kepada dua kategori.

Pertamanya, memandangkan saya tidak mendapat pendidikan akademik (sebagaimana ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran) dari umur 13 tahun sehingga 16 tahun kerana belajar di Maahad Tahfiz di Kelantan, saya merasakan saya jauh ketinggalan berbanding rakan2 saya yg lain. Di kala rakan-rakan sebaya dengan saya bersiap sedia untuk mengambil SPM, saya masih lg bertatih memahamkan basic algebra untuk mengambil PMR. Justeru, saya merasakan guru-gurulah sumber ilmu yang paling berkesan untuk mendapatkan ilmu. Saya juga berpegang dengan kata-kata hikmat;

Is al fainnassu aal miftahul ‘ilm

Bertanyalah, kerana pertanyaan itu kunci ilmu

Oleh sebab itu, di dalam kelas saya sentiasa bertanya soalan-soalan sehingga saya betul2 puas hati dan faham akan jawapan yg diberikan oleh guru. Sekiranya saya kurang berpuas hati dengan jawapan yg diberikan, saya akan terus bertanya dengan memberikan analogi2 yg relevan terhadap soalan tersebut kerana beranggapan mungkin guru kurang faham dengan soalan saya. Daripada perbincangan sebeginilah saya menjadi lebih faham dan kadang2 dapat memperbetulkan kesalahan yg tidak sengaja dilakukan oleh guru. Mungkin inilah yg menyebabkan mereka lebih berhati2 selepas itu. Ketahuilah guru-guruku, tiada langsung terdetik di hati ini untuk merendah2kan dirimu.

Tidak dapat dinafikan, kadang-kadang kerana terlalu sangat melayan semangat inkuiri ini, saya terlanjur. Alhamdulillah, nasib baik kesilapan itu sempat diperbetulkan. Semasa memasuki Tingkatan 5, saya berpindah sekolah kerana sekolah lama saya tidak menawarkan bidang sains. Oleh kerana hanya tinggal kurang setahun untuk mempelajari fizik, kimia dan juga biologi, saya selalu menemui guru2 untuk bertanya terutamanya bagi matapelajaran fizik dan kimia.

Pada suatu hati yg damai, saya telah pergi berjumpa dengan guru fizik saya untuk bertanya soalan. Saya mendapati ada part yg diajarkan oleh beliau di dalam kelas sebentar td bercanggah dengan buku rujukan dan oleh itu saya ingin meminta penjelasan dari beliau.

“Dah berapa lama cikgu mengajar fizik ni?”, soal saya setelah mendapati beliau mengambil masa yg agak lama untuk memikirkannya dan kemudiannya meminta saya memberikannya masa untuk berfikir sebelum memberikan jawapan. Saya bertanya begitu bukan untuk merendahkannya tetapi kerana melayan semangat inkuiri saya yg merasa pelik mengapa seorang guru yg hanya perlu mendalami satu atau dua matapelajaran dan telah belajar sehingga ke peringkat degree atau master mengambil masa yg begitu lama untuk memberikan jawapan kepada satu soalan yg saya kira tidaklah sesusah mana.

“I am sorry…” jawab beliau. Perasaan kesal dpt diperhatikan dari raut wajahnya yg saya kira melebihi 40an dan becermin mata serta bertudung labuh. Saya cepat membaca perasaannya.

“No, I am the one who should apologize. I should not ask the question in the first place, it is rude. I am sorry..”

Beliau tersenyum kepada saya sehingga menampakkan giginya yang putih bersih. Senyuman itu amat bermakna buat diri saya.

bersambung…


Sharing is caring…

January 25, 2008

Share

Belek2 album lama, terjumpa pulak gambar ni, rasa mcm baru je, gmbr di ambil di Hari Ihtifal Maahad Hamidiah Kajang kalau tak silap pada tahun 2001. Kami rombongan dari Al-Amin Bangi ke sana untuk pertandingan nasyid and other stuff. Tp mmg takleh masuk league ar.. The real competition always antara MaahadHamidiah dgn SMAP Kajang.. tp takperlah.. memeriahkan acara..

Bila tgk gambar ni jgk teringat zaman2 duit yg limited sehingga terpaksa berkongsi makanan. Namun begitu, rasanya inilah yg membuatkan ikatan ukhuwwah antara kami menjadi begitu rapat. Herm.. rindu untuk kembali ke zaman itu..


Winter telah kembali!

January 4, 2008

Winter

(Pemandangan depan apartment aku)

Sejuk sangat kat luar. Semalam gi semayang zohor kat masjid pon dah -16 degree celcius. Bila malam, suhu jadi subzero farenheit. Sejuk banget!. Bila dah sejuk macam ni, mmg sangat malas nk gi masjid walaupun 10 minit je perjalanannye. Mcm2 la alasan timbul, tambah2 dgn kehangatan heater dalam bilik sambil badan dilingkari dengan comforter.. perfecto!

So smalam, lepas gi zohor, aku mengambil keputusan utk stay je kat masjid sampai isya’. Alhamdulillah, mmg fruitful sungguh arituh. Mcm2 mende dpt buat. Lgpon, dkt masjid ade wireless internet connection, so boleh jgk surf internet kat library masjid. Library masjid pon very comfy dan banyak buku best. Tgh browse internet, Bro Zahid menjenguk. Lepas bersalaman dia ckp “I just think of an idea and I need to write it down” dan dia segera mencapat pen dgn kertas. Rupanya, dalam perjalanan dia ke masjid td dia dah terfikir satu idea yg best. Aku kagum gak ar dgn dia, sbb klu aku, takdela nak tulis idea yg terfikir dalam perjalanan…

“What does it mean by ‘to understand’? ” dia tanya aku

Pergh.. kritikal jgk soklan dia ni.. aku pon cube berfikir dgn lebih kritikal supaya aku dpt bg jawapan yg memuaskan..

“Hmm.. I think if you want to understand something, you need some sort of background knowledge.. without which, you can’t process that new information ” aku cuba memberikan jawapan bijak.. hehe..

“Exactly, just like computer, if you want the computer to understand something, you need to match the new information with its previous information. The more information you can match, the better the computer can understand” hmm.. nasib baik jawapan aku ok..

Tak tahu la apa yang nak dia buat dgn idea baru dia tu. Sblom ni dia dah buat satu software (Nelements) . Skrg ni pulak dia tgh work on something related to AI (Artificial Intelligence). Software baru dia ni berupaya untuk generate visual based on textual information yang kita masukkan. Lagi detail textual information yang kita masukkan, lebih vivid visual yang akan dipaparkan. Dah berbulan jgk la dia work on the project.

Lepas tu pulak kitorang bincang pasal quanticity. Aku pon pelik gak mula2. Menatang apa quanticity tu, so aku pon tanya la dia. Dia ckp dia reka je. Kan kalau electron = electricity so quantum = quanticity. So quanticity ni is a flow of quantum (quark) which is 1/3 drpd electron. Patut pon aku tak pernah dgr. So dia tanya aku whether it is possible untuk ade quanticity ni. Hmm lama gak aku pikir. Aku cakap kat dia. Sepanjangan aku belajar power distribution ni, perkara yang orang skrg tgh cari adalah mcmana nak kurangkan Resistance dalam transmission line so that boleh kurangkan energy loss. So research skrg ni concentrate on finding the material of the transmission line tu. So aku rasa la, mungkin jgk sebenarnya kita dah sampai tahap optimum dalam mencari material, so mungkin kalau nak kurangkan lagi energy loss tu kena guna cara lain which is the flow of the enery itself. Mungkin kalau pakai quanticity ni jgk, kita boleh capai tahap yg mana kita boleh transmit energy secara wireless. Who knows.

Whether it is possible, for sure la aku tak tahu. Tp yang aku tahu kalau electricity, dia closely connected to Magnetism dan cara induce electricity pon pakai magnetism. So, kalau quanticity ni, cara induce dia pon maybe berlainan. Dan power gile la sape yg boleh jumpa mende tu. Banyak mende di dunia ni dan innovation selama beratus tahun  dibina dan disandarkan kepada prinsip electricity and magnetism ni. So kalau terbukti if there is such thing as quanticity dan terbukti dia boleh ditransmit secara wireless or tanpa resistance, sudah tentu akan membawa satu revolusi ketamadunan yang sangat besar.

Satu masalah lagi, susah nak cari company yang willing untuk sponsor research yang ideanya bersifat ‘too good to be true’.  Yer la kan, kalau mende ni dpt direalisasikan, dah tentu sapa yg patentkan mende ni akan jadi kaya gile dan sapa yang cipta mendalah ni jgk akan dapat fame seperti Thomas Edison, Isaac Newton atau Nikolai Tesla dan mungkin jgk selepas ni, kalau orang nk cite pasal kepandaian, orang tak cakap dah ko ni bijak mcm Einstein.. tp ko ni bijak macam X (pencipta quanticity).

Masa aku Form 1 dulu, kitorang satu keluarga gi bercuti kat Awana Kijal.  So adala sorang hamba Allah ni call ayah aku dan siap nak jumpa sume. Semangat betul. Dah la kitorang tgh bercuti kan. Ayah aku time tu in charge bahagian Power Plant Technology kat TNB Research and Development. So aku tanya la ayah aku apa yang dia nak. So, ayah aku cakap mamat ni ada idea yg dia nak buat kat dlm TNB ni. Idea dia, cuba korang tgk dkt gambar kat bawah ni pasal hydroelectric dam, so korang akan notice ada satu turbin je kan. So idea mamat ni, dia nak letak dua turbin yang mana satu lg kat bahagian yang close tu sungai tu.. kiranya air akan lalu first turbin.. kemudian mengalir lagi dan lalu second turbin pulak. Mamat tu siap quote ayat Quran ‘Waja’alna minal maa’i kulla syai’in hayy’ yang maksudnya lebih kurang ‘Dan kami jadikan dari air itu setiap benda yang bernyawa’ (21:30). So ayah aku cakap la mende ni just not feasible. Ni setakat mana yg aku ingtla. Yer la time tu baru Form 1. So aku pon cakap la kenapa tak boleh pulak? Kan klu ada dua turbin akan dapat la lebih banyak tenaga. So ayah aku cakap la yang idea ni dah menyalahi Prinsip Keabadian Tenaga yang mana tenaga takleh dicipta tetapi hanya boleh berubah bentuk.  So mungkin mamat tu takleh convince bapak aku yang idea ni tak menyalahi prinsip keabadian tenaga, sbb tu la idea dia kena rejek. Incident ini juga membuatkan aku rasa kerjaya sebagai engineer ni adalah satu kerjaya yg best. So aku menyimpan cita2 dari kecik lagi nk jadi engineer. Go engineers!

Ada mende lagi senonye aku nak citer. Tapi nantilah. Tak bestla cite sume benda dalam satu entry. Biar sikit tapi istiqamah.  Doakan aku rajin ke masjid.

Hydro


Pengorbanan Adik

November 28, 2007

I read this story when I was a freshman. It really moved me to tears.

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah – ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. “Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. “Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?” Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” “Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak. “Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. “Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!” Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. “Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!” “Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. “Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.” Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat….. “Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.” Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!” “Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?” Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!” Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?” Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.” Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap.

Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. “Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.” “Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. “Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. “Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. “Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik. “Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.” “Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. “Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?” Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. “Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.” “Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.” Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.