Kadang-kadang dalam kehidupan suami isteri, macam2 masalah akan timbul sehinggakan apa yg kita tahu dari pembacaan sukar diaplikasikan di dalam kehidupan berumah tangga. Untuk mengungkap rasa sayang tu pon mcm nak pegi mendaki 14 puncak tertinggi di dunia. Kadang2 rasa kecewa sebab rasa pasangan kita tidak memahami kita. Kadang2 rasa sedih sebab apa yang telah kita korbankan seolah2 tidak dihargai. Adakah ini tandanya cinta semakin memudar? Adakah jika terdapat pilihan lain, maka akan kita memilihnya?
Baru2 ni saya telah dikejutkan dengan berita sedih. Sahabat saya yang juga senior saya semasa belajar di Maahad Tahfiz Hira’ telah kehilangan isteri tersayang yang baru berusia 24 tahun akibat masalah pernafasan. Saya termenung sejenak dan cuba meletakkan diri ditempatnya. Tiba2 terbayang segala kebaikan yang telah dilakukan oleh isteri saya yang bila dikenang2kan, akan menerbitkan perasaan rindu yg teramat sangat sekiranya ianya hilang buat selamanya. Maka, saya tujukan lagu di bawah kepada isteri saya yang tersayang, dengan seikhlasnya.