1. Nur Zatinnuha telah berumur hampir 6 bulan. Sangat aktif dan penuh konsentrasi. Sebelum ni kami tinggal di luar, tp sejak Nuha tak nak kat bibik, terpaksala move back to my mom’s. Ok gak kot sebab jadual kerja kami yang tak menentu, banyak masa Nuha bersama bibik. At least sekarang ade nenek nak jaga Nuha, boleh la monitor sket pergerakan bibik tu. Kami pon tenang sket nak keje.
2. Akhir2 ni selalu balik lambat. Banyak tender nak kena float. Checklist nak kena semak. Data dalam system yang nak kena selalu update. Outage coordination yg nak kena plan. Subordinate yg 10 org tu nak kena tgkkan2 dan berbagai lagi tugas2 khas mcm tulis surat2. Sejak dpt bos baru ni, dia nak semua bende disiapkan dalam masa sehari. Due date dia klu tak esok, hari ni. Meeting hari2 dan kadang2 dari pagi sampai petang. Bila nye nak buat keje, tu yg kena balik lambat tu. Pastu, kena selalu pegi site pulak tu. Klu site dekat takpe, tp ni sume area2 Hulu Selangor nun. Dan mcm biasalah, hari2 kena dgr bebelan kerana keje tak siap. Tapi lama2 alah bisa tegal biasa. Kita pon dah makin cekap buat keje. Agaknye klu nak jadi berlian mmg kena letak under extreme pressure kot. Tp klu lama2 sgt, takut pecah pulak berlian tu nnt.
3. Baru habis sem dua master. Result sem lepas ade menurun sket, tp still ok. Maybe sebab subject sem baru ni lebih mencabar dan time nak final tu pulak dapat bos baru. Tu yg terkejar ke sana ke mari. Nak buat assignment pon terkejar2 curi masa. Tp alhamdulillah, subjek power system protection dpt lebih tinggi dari jangkaan.
4. Baru lepas bayar cukai pendapatan buat kali pertama. Okla, tak kena bayar banyak. RM100 je. Gaji tak besar + banyak mende yg dibelanjakan boleh tolak cukai. Lega sikit dah setel.
5. Bibik dah lepas ujian FOMEMA. So skrg visa dia valid sampai 29 Jan 2011. Bila tunjuk kat dia visa tu, dia menangis2 sambil melutut dekat my mom cakap tolong hntr dia balik bulan 7. Kangen banget katanya dekat anaknye. Adeh. Susah la ini mcm bibik. Mmg la kesian, tp kesian gak kitorang yg dah banyak berhabisan uang ini. Keje baru berape bulan dah nak balik. Kadang2 hairan gak, tak pikir ke ttg anak time nak datang Mesia dulu?
6. Berat badan tak turun2 lagi ni. BMI tak ideal. Org dah ramai mentertawakan. Hampeh tol. hehe. Padahal tahu je cara2 nak menguruskan badan. Banyak petua org dah bagi. Tp entahlah. Susah nak lawan nafsu agaknye.