Raya..

September 19, 2009

Dulu time kecik2, 20 sen pon sgt berharga bg aku bila balik kampung untuk fund activities aku kat kampung. 10 sen beli tali tangsi dan 10 sen lagi dapat dua mata kail. Buluh boleh cari sendiri dan gi mancing kat tali air selama berejam2. Dengan dua puluh sen jugak boleh beli 4 keping kad (siap ade jajan sket..) dan main tampar2 ngn member. Klu menang, boleh la main lame lg, klu kalah.. i wish i had another 20 cents. Klu ade 40 sen lagi best, boleh beli mercun papan satu papan. Ade la dalam 10 keping mercun. Aku leraikan mercun papan tu supaya dia tak meletup at one go.. bile aku tengok budak lain nyalakan mercun tu at one go, aku rasa budak tu membazir sbb dapat dengar bunyi tu sekali je. Sebab tu la aku suka sgt klu ade hari raya. Sebab klu dpt 10 ringgit tu, mcm2 aktiviti terfikir kat kepala ni. Bile collect2 sume dapat dalam 40 ringgit. Dah rasa kaye semacam. Hehe.. Tapi still dpt guna sikit je portion dr duit tu utk activities aku di kampung sbb ayah aku keep track duit tu dan suruh aku menabung..
Well, sekarang apa yg aku impikan time aku kecik dulu dah tercapai. Duit aku dah cukup utk buat apa saja aktiviti di kampung yg aku impikan. Tapi kadang2 impian itu bukan lagi impian kalau kita lambat mencapainya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin