Wasiat Syeikh Sya’rawi kpd pemerintah

Memetik kata2 Ustaz Ismail Ahmed.

Syaikh Mutawalli al-Sya’rawi Rahimahullah contoh ulama yang beranii menegur pemimpin negaranya dengan tegas, berhikmah dan berani. Dan Presiden Hosni Mubarak pun kelihatan tidak melenting ketika ditegur. Ini contoh hebatnya nasihat yang lahir daripada jiwa yang berilmu mantap serta memiliki hati yang hanya memandang kepada Allah ‘Azza wa Jallaa…

Semoga Allah merahmati Sheikh Mutawalli al-Sya’rawi yang mengakhiri kehidupannya dengan memberi teguran dan nasihat kepada pemimpin.

Transalation
Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama da daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim.

Apa yang Allah Taala kata?
“..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :

“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : “..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).
Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.
Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).

12 Responses to “Wasiat Syeikh Sya’rawi kpd pemerintah”

  1. NeenaUmi Says:

    Assalamualaikum warahmatullah,

    Ramai yang memberi pandangan bahawa rakyat telah bersuara..Suara Rakyat Suara Keramat…

    Ketua Polis Negara (dalam Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi) juga berkata yang semua harus menerima yang ini adalah keputusan rakyat, jadi semua pihak harus menerima dengan pemikiran yang terbuka…

    Sebagai rakyat Malaysia, kita berdoa kepada Allah supaya melimpahkan rahmat yang melimpah ruah kepada kita semua. Juga semoga yang dipilih akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab (bukan keistimewaan) yang sekarang dipikul oleh setiap mereka yang sudah bergelar ‘YB” – Yang Berkhidmat (bukan Yang Berhormat!)..Amin.

    Wasalam..

    Prof. Madya Dr. Umi Kalthum Ngah
    Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    Universiti Sains Malaysia
    Kampus Kejuruteraan
    14300 Nibong Tebal
    Seberang Perai Selatan
    Pulau Pinang

  2. zuhdi Says:

    Wslm wrth..

    Nampaknye di Kampus USM Penang telah berada di bawah BA. Kemenangan ini adalah suatu perkara yg lebih mudah daripada mengisi kemenangan tersebut. Semoga dimudahkan Allah. Terharu melihat Tok Guru menangis berdoa kepada Allah.

    Zuhdi

  3. lonsaa Says:

    wah..translate sendiri ke zuhdi? mantap2

  4. Amar Says:

    Zuhdi tanya boleh;

    Kenapa syeikh (may Allah be pleased with him) sebut “wana kidu kaidan”?

    Err.. kalau tgk dalam Qur’an, bukan sepatut “wa akidu kaidan”? Aku xtau mungkin ada qiraat ke apa itu yang aku nak tanya…

    Harap boleh jawab..

  5. zuhdi Says:

    Jazakallahu khayr Amar, pemerhatian yg tajam oleh saudara Amar kita, mmg benar teks sebenarnya adalah wa akidu kaida iaitu dari surah at-Tariq.. wallahu a’lam ttg qiraat tu, mungkin ada tp dek kerana kekurangan ilmu (sempat blaja qiraat warash je..) ana pon tak sure.. kena refer kepada kitab mutun la kot.. nnt ade masa ana tanyakan adik ana yg blaja qiraat..

    Tapi bg sesiapa yg pemerhatiannya lebih tajam, akan perasan bahawa syeikh telah tersilap (tertukar) membaca permulaan ayat surah al-Baqarah ayat 258 which supposedly read “alam tara ilallazi haajja ibrahiima fi…” dengan “aukalladzi marra ‘ala qaryatin” (permulaan surah al-Baqarah ayat 259)

    Mungkin kerana faktor usia.. wallahu a’lam..

  6. zuhdi Says:

    owh.. utk lonsaa.. ana pon tak kenal sape yg translate tu.. tp bkn ana la.. ilmu tak mantap lg..

  7. ahsanta Says:

    Subhanallah. dasat2

  8. alqasam Says:

    MasyaAllah…

    Oh God. Such a heart wrewnching duah and powerful one. Make my eyes blurry with tears…I love Syeikh Mutawwalli AsSya’rawi from deep down of my heart. He is one of the scholars. Indeed a very humble and brave ulama’. When he passed away, all Misriyyin cried for him. May Allah bless him whom has done a lot for this Ummah. I miss Syeikh Sya’rawi. Really!

  9. Truth Has A Way : Ad-Dunya Dhilun Zailun :: The Colours Of Life 1 :: March :: 2008 Says:

    [...] Let’s hear what our very own distinguished scholar said about ruling one country. Indeed, a heart wrenching yet a very frank statement from our late scholar Syeikh Sya’raw…. ( Rohimahullah [...]

  10. alqasam Says:

    Afwan. A statement indeed.

  11. zuhdi Says:

    =)

  12. Life Is Like That; Full Of Colours : Truth Has A Way Says:

    [...] Let’s hear what our very own distinguished scholar said about ruling one country. Indeed, a heart wrenching yet a very frank statement from our late scholar Syeikh Sya’rawi. ( Rohimahullah [...]

Leave a Reply