I will be there for you..

March 21, 2008

Tazkirah

March 18, 2008

The Day whereon they will (all) come forth: not a single thing concerning them is hidden from Allah. Whose will be the Dominion that Day? That of Allah, the One, the Irresistible!

(Ghafir : 16)

nikaziz.jpg

Malu bertanya sesat jalan (1)

March 17, 2008

“Kamu nak tahu sesuatu tak Zuhdi? Masa saya mengajar kamu dulu, setiap kali sebelum saya masuk ke kelas kamu, saya akan betul2 mengulangkaji pelajaran yg akan diajar pada hari tu” kata Muallimah Adibah yg juga guru matapelajaran Prinsip Akaun dan Matematik Moden saya semasa di Tingkatan 4 dulu. Pengakuan jujur beliau itu pada suatu pertemuan setelah habis SPM membuka minda saya.

“Saya ingatkan saya sorang je mcmtu, rupa-rupanya muallimah-muallimah lain pon mengalami nasib yg sama. Saya pernah tanya Muallimah Faridah yg mengajar kamu Addmath kenapa tekun sangat buat revision ni. Dia jawab ‘Biasalah, nak masuk kelas Zuhdi lepas ni’”, Muallimah Adibah melanjutkan lagi penerangannya. Saya dibelenggu rasa bersalah. Takkanlah sampai mcmtu sekali para muallimah bersiap sedia untuk menjawab soalan-soalan saya.

Saya mencari punca, mungkin tiba masanya saya muhasabah diri. Saya rasa soalan-soalan dari saya bolehlah dibahagikan secara amnya kepada dua kategori.

Pertamanya, memandangkan saya tidak mendapat pendidikan akademik (sebagaimana ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran) dari umur 13 tahun sehingga 16 tahun kerana belajar di Maahad Tahfiz di Kelantan, saya merasakan saya jauh ketinggalan berbanding rakan2 saya yg lain. Di kala rakan-rakan sebaya dengan saya bersiap sedia untuk mengambil SPM, saya masih lg bertatih memahamkan basic algebra untuk mengambil PMR. Justeru, saya merasakan guru-gurulah sumber ilmu yang paling berkesan untuk mendapatkan ilmu. Saya juga berpegang dengan kata-kata hikmat;

Is al fainnassu aal miftahul ‘ilm

Bertanyalah, kerana pertanyaan itu kunci ilmu

Oleh sebab itu, di dalam kelas saya sentiasa bertanya soalan-soalan sehingga saya betul2 puas hati dan faham akan jawapan yg diberikan oleh guru. Sekiranya saya kurang berpuas hati dengan jawapan yg diberikan, saya akan terus bertanya dengan memberikan analogi2 yg relevan terhadap soalan tersebut kerana beranggapan mungkin guru kurang faham dengan soalan saya. Daripada perbincangan sebeginilah saya menjadi lebih faham dan kadang2 dapat memperbetulkan kesalahan yg tidak sengaja dilakukan oleh guru. Mungkin inilah yg menyebabkan mereka lebih berhati2 selepas itu. Ketahuilah guru-guruku, tiada langsung terdetik di hati ini untuk merendah2kan dirimu.

Tidak dapat dinafikan, kadang-kadang kerana terlalu sangat melayan semangat inkuiri ini, saya terlanjur. Alhamdulillah, nasib baik kesilapan itu sempat diperbetulkan. Semasa memasuki Tingkatan 5, saya berpindah sekolah kerana sekolah lama saya tidak menawarkan bidang sains. Oleh kerana hanya tinggal kurang setahun untuk mempelajari fizik, kimia dan juga biologi, saya selalu menemui guru2 untuk bertanya terutamanya bagi matapelajaran fizik dan kimia.

Pada suatu hati yg damai, saya telah pergi berjumpa dengan guru fizik saya untuk bertanya soalan. Saya mendapati ada part yg diajarkan oleh beliau di dalam kelas sebentar td bercanggah dengan buku rujukan dan oleh itu saya ingin meminta penjelasan dari beliau.

“Dah berapa lama cikgu mengajar fizik ni?”, soal saya setelah mendapati beliau mengambil masa yg agak lama untuk memikirkannya dan kemudiannya meminta saya memberikannya masa untuk berfikir sebelum memberikan jawapan. Saya bertanya begitu bukan untuk merendahkannya tetapi kerana melayan semangat inkuiri saya yg merasa pelik mengapa seorang guru yg hanya perlu mendalami satu atau dua matapelajaran dan telah belajar sehingga ke peringkat degree atau master mengambil masa yg begitu lama untuk memberikan jawapan kepada satu soalan yg saya kira tidaklah sesusah mana.

“I am sorry…” jawab beliau. Perasaan kesal dpt diperhatikan dari raut wajahnya yg saya kira melebihi 40an dan becermin mata serta bertudung labuh. Saya cepat membaca perasaannya.

“No, I am the one who should apologize. I should not ask the question in the first place, it is rude. I am sorry..”

Beliau tersenyum kepada saya sehingga menampakkan giginya yang putih bersih. Senyuman itu amat bermakna buat diri saya.

bersambung…


Wasiat Syeikh Sya’rawi kpd pemerintah

March 7, 2008

Memetik kata2 Ustaz Ismail Ahmed.

Syaikh Mutawalli al-Sya’rawi Rahimahullah contoh ulama yang beranii menegur pemimpin negaranya dengan tegas, berhikmah dan berani. Dan Presiden Hosni Mubarak pun kelihatan tidak melenting ketika ditegur. Ini contoh hebatnya nasihat yang lahir daripada jiwa yang berilmu mantap serta memiliki hati yang hanya memandang kepada Allah ‘Azza wa Jallaa…

Semoga Allah merahmati Sheikh Mutawalli al-Sya’rawi yang mengakhiri kehidupannya dengan memberi teguran dan nasihat kepada pemimpin.

Transalation
Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama da daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim.

Apa yang Allah Taala kata?
“..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :

“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : “..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).
Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.
Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).