Jawatan itu tanggungjawab

Musim pilihanraya kembali lagi. Aku makin kerap membaca update2 di harakahdaily dan website seumpamanya. Menarik la jugak. Semakin dekat pilihanraya, semakin banyak isu2 yang dibangkitkan. Tak kurang jgk bg video2 di youtube. Suke tgk production tentang nasib rakyat yang tiba2 meningkat dengan mendadak. Personally, banyak perkara yang dapat dipelajari tentang politik. Kita boleh melihat bagaimana para pemimpin menyusun bicara, menjawab hujah dan mengatur strategi dalam mendepani pihak lawan.

Tapi bukan itu tujuan aku menulis entry kali ini. Aku juga ada pengalaman tersendiri dalam berorganisasi.

Walaupun MISG adalah satu-satunya persatuan pelajar Malaysia yang bersifat nasional di US ini, tapi ianya tidaklah terlalu besar. Pada muktamar yang diadakan pada bulan 12 yang lepas, aku telah secara rasminya tidak lagi menjadi Presiden persatuan tersebut. Setelah dua bulan berlalu, fenomena menarik yang telah berlaku adalah aku menjadi.. camne ye nk cakap.. lebih tenang.. huhu.. mungkin perasaan ini jugalah yg dilalui oleh presiden2 sebelumku.. meh nak explain kenapa aku rasa lebih tenang.

Sebelum melepaskan jawatan tersebut, aku telah berazam untuk terus berkhidmat dan menyumbangkan tenaga kepada MISG dan alhamdulillah aku masih lagi sebahagian drpd qiyadah dan syura MISG. Bezanya aku tidak mempunyai jawatan yang spesifik dan bertindak sebagai pemerhati sahaja kalau2 qiyadah baru memerlukan sebarang pertolongan. Semasa memegang jawatan yang spesifik, bermula dari Naib Pres 1, seterusnya Timb Pres dan akhir sekali Presiden, aku akan rasa bersalah kalau email tak dicek dan dibalas secepat mungkin. Aku juga akan rasa bersalah dan tidak tenang jika program2 tidak dpt dijalankan dgn sewajarnya.

Apabila memegang jawatan presiden, perasaan itu makin menebal. Aku rasa bersalah dan tidak tenang memikirkan apakah hala tuju terbaik untuk MISG. Penat juga memikirkan bagaimanakah menarik minat lebih ramai pelajar untuk membantu dan bergiat aktif di dalam MISG. Bagaimana pula untuk mengurangkan perbelanjaan dan menambah dana. Rasa bersalah bila memikirkan berbaloikah program yang telah dijalankan dengan jumlah wang yang telah MISG belanjakan. Kalau tiba2 mailing list qiyadah sunyi sepi dari perbincangan untuk seminggu.. ketidak tenangan itu muncul pulak..

Kemudian jika melakukan dosa atau amalan tak mantap, rasa bersalah memikirkan ketidakwajaran presiden sebuah organisasi Islam bertindak sedemikian rupa. Pastu mula la rasa tak layak dan sebagainya. So bile dah melepaskan jawatan sebagai presiden.. tiba2 merasakan suatu mcm bentuk ketenangan.. rasa mcm apa2 yang berlaku pon bukan lagi di bawah tanggungjawab aku.. hmm tak tahu la elok ke tak perasaan tu.. tp itulah yg aku rasa..

Teringat kisah Umar bin Abdul Aziz masa mula2 dia dilantik menjadi khalifah. Dia tak tahu dan tak expect pon nak jadi khalifah dan menolak jawatan khalifah itu pada awalnya. Tp semua org pon mendesak dia untuk terima jawatan tu dan akhirnya beliau terpaksa akur. Diceritakan lepas beliau jd khalifah tu, beliau balik ke rumah dan penat memikirkan ttg jawatan itu, kemudian beliau memberitahu anaknya yang dia nak tido kejap sementara masuk waktu zohor sebab dia penat sgt dan lepas tu baru beliau akan deal dgn permasalahan umat Islam. Anaknya kemudian mengingatkan beliau yang siapa yg boleh gerenti yg beliau akan masih hidup sehingga waktu zohor nanti untuk menyelesaikan permasalahan umat Islam. Terkejut Khalifah Umar Abdul Aziz dan kemudian bingkas bangun untuk melaksanakan tanggungjawabnya.

Dalam kisah lain, isteri Khalifah Umar Abdul Aziz melihat suaminya murung dan nampaknya seperti memikirkan sesuatu yg amat berat dan sukar lantas bertanya kpd suaminya. Jawab Khalifah Umar, aku gusar memikirkan para faqir miskin, janda2 yg tidak mendapat pembelaan dan juga anak2 yatim di bawah pemerintahannya. Kata Umar lagi, mereka2 ini akan menuntut hak mereka dariku di hadapan Allah s.w.t nanti.

Menjadi presiden kepada organisasi ciput pon aku dah terasa bahangnya, apa yg ditanggung oleh khalifah umar itu selaku khalifah kpd kerajaan Islam yg besar adalah sesuatu yg tidak dpt aku bayangkan. Maksud aku perasaannya. Rasa bersalah, rasa tak tenang dan sebagainya. Tambah2, semakin bertaqwa kita, perasaan tu akan semakin menebal. So aku yg ade kesedaran sket2 ni pon dah rasa mcm ni, apatah lagi khalifah bertaqwa seperti Umar Abdul Aziz.

Tetapi, on the other side of the coin, jawatan ni sebenarnya memberikan kita peluang yg besar untuk melakukan sesuatu perubahan. Ia juga peluang untuk kita melakukan amalan yg akan berlipat kali ganda. Sebagai contoh mudah, jika kita jd head yg organize satu kem ibadah. InshaAllah, selagimana niat kita ikhlas kerana Allah, setiap amalan yg para peserta lakukan inshaAllah kita pon akan dapat saham sama. Jika ada peserta yg berubah menjadi baik dan mengajak pula org kpd kebaikan.. hasil drpd join kem ibadah tu.. inshaAllah banyak lah yg kita dpt dalam account akhirat. So, jika menjadi khalifah yg baik dan soleh.. kita boleh bayangkanlah berapa banyak peluang untuk berbuat baik.. setiap faqir miskin,janda2, anak yatim yg dpt dibantu tak terkira lagi lah pahala yg kita dpt inshaAllah.. itu belum masuk bab education, law, finance dan sebagainya..

So ape pun.. begitulah.. inna ma’al ‘usri yusra, fainna ma’al ‘usri yusra.. semoga Allah ampunkan segala kesilapan dan kekurangan sepanjang memegang jawatan di dalam MISG. Dan semoga Allah mengurniakan keikhlasan untuk menuai hasil dari usaha yg tak seberapa itu di akhirat. Ameen.

5 Responses to “Jawatan itu tanggungjawab”

  1. cidos Says:

    tulisan yg membuatku melompat dari kerusi..huhu. I m the next in list to be uncomfortable as you described…semoga Allah mudahkan segala urusan..amin.

  2. paan Says:

    “Kalau tiba2 mailing list qiyadah sunyi sepi dari perbincangan untuk seminggu.. ketidak tenangan itu muncul pulak”

    hehe..setuju..biasanya fenomena ni mcm U-shaped graph kan akhi?
    awal tahun aktif..menjelang tgh tahun, keaktifannya smp ketahap paling minimum..dan akan kembali aktif kembali di penghujung tahun menjelang Muktamar.

  3. zuhdi Says:

    cidos – inshaAllah Allah mudahkan.. biasalah.. perasaan itulah yg mematangkan kita..

    paan – hehe.. yup2.. skrg ni kita dah dkt tgh sem.. masuk summer nanti pon most probably akan senyap jgk.. mmg dkt2 muktamar lah yg paling peak.. time tu plak presiden pon dah nk step down.. =)

  4. NeenaUmi Says:

    Assalamualaikum warahmatullah,

    Saya paling suka membaca pandangan dan meninjau-ninjau pendapat remaka masakini..

    Teruskanlah usaha..walaupun sedikit dan sendirian-sendirian..kadangakala memuncak, kadangkala sunyi sepi..

    Tidak mengapa…sebab masig-masing terhimpit dengan kekangan suasana belajar..

    Saya amat faham sebab pernah melaluinya..

    Semoga tercapai segala cita-cita dan selamat kembali berbakti di tanah air…

    Wasalam,

    Dr. Umi Kalthum Ngah
    USM Kampus Kejuruteraan
    Nibong Tebal

  5. zuhdi Says:

    Wslm wrth..

    Terima kasih Dr Umi atas nasihat dan doa dr org lama =)

Leave a Reply