Hijrah

January 27, 2008

Ada satu perkara tentang hijrah yang membuatkan aku masih berfikir akan hikmahnya. Sebagaimana yang kita ketahui Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersama Abu Bakar radiallahu ‘anhu telah berhijrah bersama2 dari Kota Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah dan menghadapi pelbagai rintangan dari musuh Islam yang mana antaranya hampir2 meragut nyawa Nabi s.a.w dan Abu Bakar. Dan sebagaimana yang kita ketahui juga Umar Ibnu Khattab semasa hijrahnya dengan begitu berani mengumumkannya kepada orang musyrik dengan katanya siapa yang ingin isterinya menjadi janda dan anak2 menjadi yatim maka tunggulah dia di tempat sekian2. Namun begitu tiada siapa yang berani mengganggu Umar semasa beliau berhijrah.

Jadi, apa yang menjadi persoalannya, mengapa Rasulullah s.a.w tidak mengajak Umar untuk berhijrah bersama2 dengan Baginda dan Abu Bakar r.a? Bukankah ini lebih strategik? Sekurang2nya semasa di Gua Thur, Umar boleh mengalahkan mereka yang cuba membunuh Rasulullah s.a.w. Sekurang2nya juga Umar boleh mengalahkan Suraqah Bin Naufal semasa dia cuba menjejak dan membunuh Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan pahlawan2 Islam yang lain seperti Hamzah Bin Abdul Mutalib. Jika Rasulullah s.a.w berhijrah bersama Umar r.a dan Hamzah Bin Abdul Mutallib, bukankah ini akan lebih baik bagi Baginda?

Saya pasti ada jawapan tentang persoalan ini di dalam kitab2 sirah yang besar. Namun personally, saya masih tak jumpa.


Doa

January 26, 2008

Ya Allah, bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang benar2 faham akan erti sebenar sebuah kehidupan.

Ya Allah, tetapkanlah hatiku sentiasa di atas jalanMu yang lurus.

Ya Allah, jadikanlah redhaMu sebagai matlamat utama kehidupanku.

Ya Allah, aku rindu untuk khusyu’ di dalam ibadah kepadaMu…


Sharing is caring…

January 25, 2008

Share

Belek2 album lama, terjumpa pulak gambar ni, rasa mcm baru je, gmbr di ambil di Hari Ihtifal Maahad Hamidiah Kajang kalau tak silap pada tahun 2001. Kami rombongan dari Al-Amin Bangi ke sana untuk pertandingan nasyid and other stuff. Tp mmg takleh masuk league ar.. The real competition always antara MaahadHamidiah dgn SMAP Kajang.. tp takperlah.. memeriahkan acara..

Bila tgk gambar ni jgk teringat zaman2 duit yg limited sehingga terpaksa berkongsi makanan. Namun begitu, rasanya inilah yg membuatkan ikatan ukhuwwah antara kami menjadi begitu rapat. Herm.. rindu untuk kembali ke zaman itu..


Rumahku Syurgaku

January 16, 2008

(rumahku syurgaku by kump tazakka.. yes.. aku suka lagu yg slow dan menenangkan…)

Masuk sem akhir ni, the excitement untuk balik Mesia makin menjadi2.. Rindu kepada Ayah Bonda, rindu pada isteri tercinta dan rindu pada segala2nya di kampung halaman.Camne perasaannya? Aku membayangkan diri aku ni seperti General Maximus lakonan Russel Crowe dalam cite Gladiator. Sebagaimana kepinginnya dia untuk kembali ke kampung halaman dan menjalani kehidupan biasa, begitu jugalah aku. Biarlah dia ditawarkan menjadi Maharaja Rome tapi kampung halaman itu jglah menjadi pilihannya. So bayangkan lah scene2 indah dengan muziknya sekali dalam filem Gladiator tersebut.

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.


Belajar dari pengalaman?

January 16, 2008

IBM pernah melakukan kesilapan yang diakui sendiri oleh CEOnya sebagai ‘100 billion dollar’ mistake (aku rasa lebih). Apa silapnya? Bill Gates pernah datang kepada IBM membawa satu idea iaitu Windows sebagai operating system yang ada user interface. Mereka menolaknya (mungkin sebab diorang ada plan sendiri untuk OS diorang atau Bill mintak share yg banyak ke tak tahu la) dan kemudian Bill found Microsoft yang kemudiannya berkembang biak sehingga menjadikan Bill sebagai orang yang terkaya di dunia.

Beberapa ketika kemudian, technology memasuki fasa perkembangan internet dan Microsoft mempunyai platform tersendiri iaitu MSN. Datang pula dua manusia bernama David Filo dan Jerry Yang( yang pada masa itu adalah student PhD di Stanford) kepada Microsoft untuk membentangkan business plan mereka. Nampaknya Microsoft pulak reject sehingga mereka berdua membina Yahoo! yang kemudiannya berkembang sehingga MSN tak dapat nak compete. Kemudian datang pulak dua lagi manusia yang juga PhD candidate di Stanford University iaitu Sergey Brin dan Larry Page kepada Yahoo!. Diorang telah menulis special algorithm bagi search engine dan meminta untuk menjadi rakan kongsi Yahoo!. Tetapi sayangnya Yahoo! menolak dan kemudiannya mereka memperkenalkan Google. Google berkembang dan sangat diminati ramai sehingga Sergey Brin dan Larry Page menjadi lebih kaya daripada David Filo dan Jerry Yang.

Mungkin sebab tu kot sekarang ni kalau kita tengok Google banyak membeli company2 kecil yang nak naik seperti YouTube. Mungkinkah mereka telah belajar dari pengalaman? Beberapa pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa di atas.

Pertama, kadang2, bila kita dah berjaya overcome sesuatu cabaran dan sebenarnya kita tahu betapa susahnya menghadapi cabaran tersebut. Tetapi apabila kita melihat orang lain yg menghadapi cabaran tersebut, kita tak pula ada empati untuk membantu malah kadang2 kita pula yg lebih2 dalam mengutuk. Ini pernah diceritakan sendiri oleh Syeikh Hamza Yusuf dalam siri Purification of Heart. Beliau menyebutkan ada segelintir orang yang pada masa mudanya melakukan bermacam2 maksiat sehinggakan tak tahu la maksiat apa yang dia tak buat. Semua dia buat. Kemudian, apabila menghampiri umur tua dalam 40 ke 50 tahun mereka menjadi insaf, bertaubat dan seterusnya menjadi ahli masjid. Akan tetapi, apabila berdepan dengan sikap anak2 muda zaman sekarang, mereka menjadi bengis dan rigid seolah2 mereka maksum dan tak pernah buat salah. Tiada langsung hikmah di dalam menasihati malah penuh dengan kebencian dan maki hamun. Sedangkan, merekalah yang sepatutnya lebih bersabar dengan karenah darah muda kerana mereka lebih tahu dan pernah melaluinya sendiri.

Kedua, apabila kita berada di atas dan berjaya, kita jangan lupa bahawa org yg berada di bawah sebenarnya lebih berpotensi untuk menjadi lebih maju dari kita. Jangan memandang rendah pada mereka apatah lagi menyekat kemajuan mereka. Adalah lebih elok kalau kita nurture perkembangan mereka dan sama2 gain benefit. For instance di dalam jemaah, kita kena alert dgn potensi yang ada pada mereka yang berada di dalam jemaah kita especially yg low profile. Kalau kita berjaya nurture dan guide perkembangan mereka dan mereka seterusnya mereka menjadi pendakwah yang hebat malah sehingga mencapai tahap yang tidak dapat kita capai lagi, bayangkan lah berapa banyak pahala yg inshaAllah maksud ke akaun akhirat kita. Rugilah kalau kita lepaskan peluang keemasan sebegini. Malah lebih rugi dari cerita2 yang disebutkan di atas.

Ketiga, kejayaan datang setelah kita berani untuk berhadapan dengan cabaran dan tidak mudah putus asa. Bayangkan Bill Gates pada waktu itu yang tidak punya apa2 dan kemudiannya compete dengan gergasi sebesar IBM. Begitu jugalah Sergey Brin dan Larry Page yang cuba untuk compete dengan Yahoo! yang pada waktu itu adalah sebuah gergasi Search Engine bernilai berbillion dollar. Mcm2 faktor kejayaan mereka sebenarnya termasuk technical skills. Tp pada pandangan aku, technical skills by itself tak banyak contribute sgt. Tapi keberanian dan sikap tidak mudah putus asa itulah yang lebih besar sumbangannya.

Teringat aku kata2 Bill Gates dalam buku How to move Mount Fuji. Orang tanya dia kenapa orang2 Microsoft hidup sederhana je walaupun duit banyak. Meeting untuk orang2 besar Microsoft hanya dibuat di restoran biasa2 je. Even bilik Bill Gates dan orang2 besar Microsoft yg lain pon kecik je. Takdepon hiasan2 mahal. Kata Bill Gates, kami tak nak dibiasakan dengan kemewahan sehingga kami leka di dalam complacency mode. Katanya lagi, boleh je datang sekumpulan anak muda yang tidak punya apa2 tetapi mereka mempunyai determination yang tinggi untuk compete dengan Microsoft. Sekiranya Microsoft still dalam comfort zone, Microsoft boleh jatuh dalam masa sehari je.

p/s: sem akhir aku di RPI ni dah start. hari ni hari yang kedua. harapnya aku dpt belajar dr segala pengalaman aku kat RPI dan bumi US ni.. doakan aku rajin ke masjid..


Winter telah kembali!

January 4, 2008

Winter

(Pemandangan depan apartment aku)

Sejuk sangat kat luar. Semalam gi semayang zohor kat masjid pon dah -16 degree celcius. Bila malam, suhu jadi subzero farenheit. Sejuk banget!. Bila dah sejuk macam ni, mmg sangat malas nk gi masjid walaupun 10 minit je perjalanannye. Mcm2 la alasan timbul, tambah2 dgn kehangatan heater dalam bilik sambil badan dilingkari dengan comforter.. perfecto!

So smalam, lepas gi zohor, aku mengambil keputusan utk stay je kat masjid sampai isya’. Alhamdulillah, mmg fruitful sungguh arituh. Mcm2 mende dpt buat. Lgpon, dkt masjid ade wireless internet connection, so boleh jgk surf internet kat library masjid. Library masjid pon very comfy dan banyak buku best. Tgh browse internet, Bro Zahid menjenguk. Lepas bersalaman dia ckp “I just think of an idea and I need to write it down” dan dia segera mencapat pen dgn kertas. Rupanya, dalam perjalanan dia ke masjid td dia dah terfikir satu idea yg best. Aku kagum gak ar dgn dia, sbb klu aku, takdela nak tulis idea yg terfikir dalam perjalanan…

“What does it mean by ‘to understand’? ” dia tanya aku

Pergh.. kritikal jgk soklan dia ni.. aku pon cube berfikir dgn lebih kritikal supaya aku dpt bg jawapan yg memuaskan..

“Hmm.. I think if you want to understand something, you need some sort of background knowledge.. without which, you can’t process that new information ” aku cuba memberikan jawapan bijak.. hehe..

“Exactly, just like computer, if you want the computer to understand something, you need to match the new information with its previous information. The more information you can match, the better the computer can understand” hmm.. nasib baik jawapan aku ok..

Tak tahu la apa yang nak dia buat dgn idea baru dia tu. Sblom ni dia dah buat satu software (Nelements) . Skrg ni pulak dia tgh work on something related to AI (Artificial Intelligence). Software baru dia ni berupaya untuk generate visual based on textual information yang kita masukkan. Lagi detail textual information yang kita masukkan, lebih vivid visual yang akan dipaparkan. Dah berbulan jgk la dia work on the project.

Lepas tu pulak kitorang bincang pasal quanticity. Aku pon pelik gak mula2. Menatang apa quanticity tu, so aku pon tanya la dia. Dia ckp dia reka je. Kan kalau electron = electricity so quantum = quanticity. So quanticity ni is a flow of quantum (quark) which is 1/3 drpd electron. Patut pon aku tak pernah dgr. So dia tanya aku whether it is possible untuk ade quanticity ni. Hmm lama gak aku pikir. Aku cakap kat dia. Sepanjangan aku belajar power distribution ni, perkara yang orang skrg tgh cari adalah mcmana nak kurangkan Resistance dalam transmission line so that boleh kurangkan energy loss. So research skrg ni concentrate on finding the material of the transmission line tu. So aku rasa la, mungkin jgk sebenarnya kita dah sampai tahap optimum dalam mencari material, so mungkin kalau nak kurangkan lagi energy loss tu kena guna cara lain which is the flow of the enery itself. Mungkin kalau pakai quanticity ni jgk, kita boleh capai tahap yg mana kita boleh transmit energy secara wireless. Who knows.

Whether it is possible, for sure la aku tak tahu. Tp yang aku tahu kalau electricity, dia closely connected to Magnetism dan cara induce electricity pon pakai magnetism. So, kalau quanticity ni, cara induce dia pon maybe berlainan. Dan power gile la sape yg boleh jumpa mende tu. Banyak mende di dunia ni dan innovation selama beratus tahun  dibina dan disandarkan kepada prinsip electricity and magnetism ni. So kalau terbukti if there is such thing as quanticity dan terbukti dia boleh ditransmit secara wireless or tanpa resistance, sudah tentu akan membawa satu revolusi ketamadunan yang sangat besar.

Satu masalah lagi, susah nak cari company yang willing untuk sponsor research yang ideanya bersifat ‘too good to be true’.  Yer la kan, kalau mende ni dpt direalisasikan, dah tentu sapa yg patentkan mende ni akan jadi kaya gile dan sapa yang cipta mendalah ni jgk akan dapat fame seperti Thomas Edison, Isaac Newton atau Nikolai Tesla dan mungkin jgk selepas ni, kalau orang nk cite pasal kepandaian, orang tak cakap dah ko ni bijak mcm Einstein.. tp ko ni bijak macam X (pencipta quanticity).

Masa aku Form 1 dulu, kitorang satu keluarga gi bercuti kat Awana Kijal.  So adala sorang hamba Allah ni call ayah aku dan siap nak jumpa sume. Semangat betul. Dah la kitorang tgh bercuti kan. Ayah aku time tu in charge bahagian Power Plant Technology kat TNB Research and Development. So aku tanya la ayah aku apa yang dia nak. So, ayah aku cakap mamat ni ada idea yg dia nak buat kat dlm TNB ni. Idea dia, cuba korang tgk dkt gambar kat bawah ni pasal hydroelectric dam, so korang akan notice ada satu turbin je kan. So idea mamat ni, dia nak letak dua turbin yang mana satu lg kat bahagian yang close tu sungai tu.. kiranya air akan lalu first turbin.. kemudian mengalir lagi dan lalu second turbin pulak. Mamat tu siap quote ayat Quran ‘Waja’alna minal maa’i kulla syai’in hayy’ yang maksudnya lebih kurang ‘Dan kami jadikan dari air itu setiap benda yang bernyawa’ (21:30). So ayah aku cakap la mende ni just not feasible. Ni setakat mana yg aku ingtla. Yer la time tu baru Form 1. So aku pon cakap la kenapa tak boleh pulak? Kan klu ada dua turbin akan dapat la lebih banyak tenaga. So ayah aku cakap la yang idea ni dah menyalahi Prinsip Keabadian Tenaga yang mana tenaga takleh dicipta tetapi hanya boleh berubah bentuk.  So mungkin mamat tu takleh convince bapak aku yang idea ni tak menyalahi prinsip keabadian tenaga, sbb tu la idea dia kena rejek. Incident ini juga membuatkan aku rasa kerjaya sebagai engineer ni adalah satu kerjaya yg best. So aku menyimpan cita2 dari kecik lagi nk jadi engineer. Go engineers!

Ada mende lagi senonye aku nak citer. Tapi nantilah. Tak bestla cite sume benda dalam satu entry. Biar sikit tapi istiqamah.  Doakan aku rajin ke masjid.

Hydro