Gregory Perelman merupakan seorang ahli matematik tersohor dunia pada masa kini. Beliau adalah satu-satunya peserta Matematik Olympiad yg berjaya menjawab kesemua soalan secara tepat dan mendapat perfect score di dalam pertandingan tersebut. Gurunya pernah menceritakan bahawa Perelman merupakan seorang yg sgt teliti dan berfikir secara mendalam. Dia tidak pantas memberikan jawapan kpd satu-satu persoalan sebaliknya memikirkan persoalan itu dengan mendalam sebelum memberikan sebarang jawapan. Kata gurunya, after all, mathematics is not about speed, it’s about deep. Pada tahun 2006, beliau berjaya menyelesaikan masalah matematik yg dinamakan Poincare Conjecture. Clay Mathematics Institute telah menamakan Poincare Conjecture sebagai salah satu daripada tujuh Millenium Problems dan menawarkan ganjaran USD1 juta bagi sesiapa yang mampu menyelesaikan setiap satu daripada masalah2 tersebut. Apa yg menarik mengenai Perelman adalah kezuhudannya. Walaupun menerima tawaran gaji yg tinggi serta posisi yg hebat dari berbagai institusi yang berprestij, beliau masih tetap dengan pendiriannya untuk bekerja di Steklov Insitute di Rusia yg hanya menawarkan sekitar USD200 sebulan. Beliau hanya tinggal di sebuah apartment kecil yg hampir kosong (sbb takde perabot sgt). Sudah tentu ramai yg berasa pelik dan sesetengahnya memandang jelek kpd cara hidup Perelman, tetapi kata beliau, In order to achieve great things, your mind need to be pure. Keseluruhan artikel mengenai Gregory Perelman ini boleh dibaca di sini.
Saya mendapati ada kesamaan di antara Gregory Perelman dan juga Ulama’2 Islam pada masa lampau antaranya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Nizam al-Mulk telah melantik Imam Ghazali ke jawatan pengetua (atau boleh juga dikatakan jawatan ketua profesor) di al-Madrasah an-Nizamiyyah di Baghdad (yang tarafnya sama dengan Universiti Islam pada hari ini). Ini adalah satu pencapaian yang sangat tinggi, kerana dalam usia baru tiga puluh empat tahun, Imam Ghazali telah diberikan gelaran Syaikh al-Islam, yakni setinggi-tinggi pangkat dari segi akademik dan keagamaan yang rasmi. Dia telah menarik perhatian daripada ramai para pelajar, yang dekat mahupun yang jauh. Nama Imam Ghazali telah menjadi sangat terkenal di waktu itu, sebagai seorang alim yang sangat fasih memberikan huraian-huraian pelajaran, dan sangat pandai berdebat dengan hujah-hujah yang jitu, serta sangat luas dan dalam pula ilmunya.
Tetapi keadaan hidup selesa yang penuh dengan kemegahan ini tidak berkekalan, kerana empat tahun kemudian, pada tahun 488 Hijrah, jiwanya telah melalui satu perubahan besar. Badan jasmaninya masih sihat tetapi jiwanya telah bergolak, dalam satu keadaan tertekan yang boleh diumpamakan seperti air yang sedang menggelegak. Ini telah menyebabkannya jatuh sakit.Perubahan fikiran dan ledakan jiwa ini adalah berpunca dari satu kesedaran bahawa selama ini, segala kejayaan yang telah dicapainya, seperti memegang jawatan pengetua di al-Madrasah an-Nizamiyyah di kota Baghdad itu, bukanlah telah dilakukannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, tetapi telah juga dicampuri dengan sebab-sebab duniawi.
Telah bercerita Imam Ghazali di dalam kitabnya yang bernama al-Munqidh Min ad-Dalal:
- Telah menjadi nyatalah kepadaku bahawa aku tidak akan mencapai kebahagian akhirat, melainkan dengan bertaqwa, dan juga mengekang kehendak nafsu. Dan yang utama sekali ialah memotong tali ikatan hati kepada dunia, dengan meninggalkan negeri yang penuh tipu daya ini, dan kembali ke negeri yang kekal abadi. Dan mengadap kepada Allah Ta‘ala dengan sepenuh hati. Dan ini tidak akan tercapai, melainkan dengan membuangkan dahulu segala kemegahan dan kekayaan, serta menjauhkan diri dari segala kesibukan dan tuntutan dunia (al-alaiq).
- Kemudian aku telah memeriksa keadaan diriku sendiri. Maka aku dapati rupa-rupanya aku telah terperangkap di dalam jaring pada setiap arah. Dan apabila aku periksa pula pekerjaanku di dalam memberi kuliah dan ceramah, rupa-rupanya aku telah berkecimpung di dalam ilmu-ilmu yang tidak penting, dan tidak bermanfaat di jalan akhirat.
- Setelah itu, aku berfikir pula tentang niatku di dalam memberi kuliah. Nyatalah, aku tidak ikhlas kerana wajah Allah Ta’ala. Malah, pembangkit dan pendorongku yang sebenar ialah mencari kemegahan dan kemasyhuran yang luas. Maka, aku pun yakin yang aku sedang berada di pinggir satu jurang yang merbahaya. Dan aku akan segera terjunam ke dalam api neraka, melainkan aku perbaiki keadaan diriku terlebih dahulu.
Tiadalah aku berhenti daripada berfikir akan keadaanku dan jalan mana yang akan aku pilih. Hatiku masih berbolak-balik.
- Pada suatu hari, aku telah berazam untuk meninggalkan Baghdad, dan melepaskan diriku daripada keadaan hidup harian itu. Tetapi, pada keesokan harinya, aku telah membatalkan keputusan itu. Seolah-olah, sebelah kakiku telah melangkah ke hadapan, tetapi yang sebelah lagi telah mundur pula ke belakang!
- Di pagi hari, aku telah bertekad untuk menuntut akhirat, tetapi di petang hari, tentera hawa nafsu telah datang menyerang, dan telah menghancurkannya. Syahwat dunia telah mengurungku, dan memaksa aku tetap kekal sahaja di situ, sedangkan suara keimanan telah menyeru kepadaku, “Kembaralah! Kembaralah! Tiadalah umurmu melainkan tinggal sedikit sahaja, sedangkan di hadapanmu adalah perjalanan yang jauh. Tiadalah engkau kumpulkan segala ilmu dan amal melainkan semuanya adalah riyak dan palsu belaka. Jika sekarang engkau masih belum bersiap sedia untuk akhirat, bilakah masanya engkau akan bersiap sedia? Jika sekarang engkau tidak putuskan tali belenggu itu, bilakah masanya untuk memutuskannya?”
- Dan ketika seruan seperti ini bangkit, maka azam dan tekadku pun naik berkobar-kobar, rela menghadapi setiap cabaran dan rintangan.
- Tetapi kemudian, datang semula syaitan dan berbisiklah dia, “Ini adalah satu perkara yang mengganggu-ganggu sahaja, jika engkau menyerah kepadanya. Biarkan sahaja. Ia akan hilang dengan segera. Jika engkau turuti ajakannya, lalu engkau tinggalkan pula segala kemegahan pangkat, serta keadaan yang baik ini, yang bebas daripada sebarang kesulitan, serta keadaan aman sejahtera yang bersih daripada perselisihan dan permusuhan, dan jika engkau turutinya, engkau akan menyesal, dan engkau akan menanggung kesukaran. Engkau tidak akan dapat kembali kepada keadaan senang seperti sebelumnya.”
- Dan berterusanlah keadaanku ini, di mana aku berada di antara tarikan syahwat dunia, dan tarikan panggilan akhirat. Ia berpanjangan selama hampir enam bulan, bermula dari bulan Rejab tahun 488 Hijrah.
- Pada bulan itu, aku telah berasa sudah tidak lagi berdaya, tiada lagi ikhtiarku, terpaksa menyerah sahaja. Allah telah mengunci lidahku, sehingga aku tidak dapat mengajar. Pada suatu hari, aku gagahi juga diriku untuk menyampaikan kuliah agar dapat menggembirakan hati para pelajarku. Tetapi lidahku telah menjadi kelu. Aku tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun. Benar-benar tidak berdaya.
- Dan keadaan bisu ini telah membuatku berdukacita, sehingga telah menjejaskan kekuatan pencernaan di perutku, dan menyekat makanan dan minumanku. Roti yang dicecah kuah pun tidak dapat aku kunyah, dan tidak dapat aku telan makanan walaupun sesuap.
- Aku menjadi semakin lemah, sehingga para doktor yang merawatiku pun telah berputus asa, dan telah berkata mereka, “Perkara in berpunca dari kalbu. Dari situ, ia telah merebak hingga ke seluruh badan. Dan tiada cara untuk mengubatinya, melainkan melaluinya juga. Buangkanlah rahsia yang telah menghasilkan segala duka nestapa ini.”
- Akhirnya, setelah menyedari akan betapa lemahnya diriku, setelah kehabisan segala ikhtiarku, aku pun berserah bulat-bulat kepada Allah Ta‘ala. Dia telah memperkenankan doaku, kerana Dialah Tuhan yang memperkenankan doa orang yang terdesak, apabila orang itu berdoa kepadaNya. Kini, menjadi ringanlah bagi hatiku untuk meninggalkan segala kemegahan, kekayaan, anak-anak dan rakan-rakan.
Oleh itu, pada bulan Zulkaedah tahun 488 Hijrah, Imam Ghazali telah meletakkan jawatannya sebagai pengetua di al-Madrasah an-Nizamiyyah di Baghdad, dan telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Baghdad dan menjadi seorang pengembara. Dia telah meminta adiknya, mengambil alih jawatannya itu.
Imam Ghazali kemudian telah mewaqafkan segala harta benda kepunyaannya, selain daripada sebahagian yang telah diketepikan untuk nafkah menyara hidup keluarganya, dan juga untuk dibuat bekal perjalanannya itu. Setelah meninggalkan Baghdad, Imam Ghazali pun menuju ke Syria dan telah menetap di kota Damaskus selama dua tahun. Dia juga telah banyak menghabiskan masanya duduk beriktikaf di Masjid Jamik al-Umawi di kota Damaskus. Ada kalanya dia akan naik ke menara masjid itu, dan selepas menguncikan pintunya, akan duduk berseorangan diri di sebuah sudut sepanjang hari. Dan pada hari ini pula, sudut itu telah diberikan nama panggilan Sudut al-Ghazaliyyah, untuk memperingati tempat di mana Imam Ghazalipernah duduk beriktikaf di kala itu.
Ketika inilah beliau telah menghasilkan berbagai karya agung yang mana di antaranya ialah Ihya’ Ulumuddin. Nampaknya Gregory Perelman seperti telah mengambil iktibar daripada kisah Imam Ghazali ini (at least for the part “meninggalkan kemegahan dan kekayaan”). Jelaslah kemegahan dan kekayaan ni, bakal mengaburi judgement kita and will hinder us from achieving great things. Syeikh Mokhtar Maghraoui memberitahu kami pada suatu hari, Jangan kamu meminta kepada Allah untuk menjadi kaya kerana mungkin dengan sebab kekayaan itu, akan menjadikan kamu lebih jauh drpd Allah.
What is purer and more fulfilling than intimate moments of solace with Allah s.w.t, with the qalb enveloped in the delight of His remembrance? Which of two hearts is more desirable: One at peace – like a serene, still pond constantly fed with the purest water from deep springs within it – or one agitated, scattered in multiple directions, unable to find rest, unable to catch even a glimpse of its true nature and happiness?