Mcm bagos plak aku nak menulis pasal tajuk ni. Bagos tak bagos, yg pasti ramai jugak yg have no clue ttg ape yg berlaku kat sana. Sape yg takde lg background knowledge, aku rasa blog YB Zul agak komprehensif dalam memahami permasalahan di Perak. Jadi bukanlah aku menulis pendapat sendiri kat sini, cuma mengompile ape yg dah orang tulih dan ade la sikir2 aku bagi pendapat aku sendiri.
Kalau kita baca kat blog tu, dapatlah disimpulkan bahawa tindakan Sultan Perak memecat MB Nizar adalah tidak sah di sisi undang2. Dan kemudian tindakannya melantik Dr Zambry juga adalah bertentangan dengan Undang-undang tubuh negeri Perak. Walaupun ramai yg mengatakan sebaliknya seperti laman Shamsul Yunus ini, tapi setakat yg aku jumpa, mereka itu bukanlah dari golongan yg ternama dalam bidang perundangan. So bagi aku sendiri lah, pendapat dari mereka yg lebih berauthority lebih patut digunapakai. Dalam The Malaysian Insider, Prof Aziz Bari dan Malik Imtiyaz Sarwar berpendapat bahawa tindakan Sultan Perak adalah salah di sisi undang-undang. Hujah mereka juga agak kukuh. Dr Mahathir juga selaku bekas PM yg berpengalaman juga berpendapat bahawa secara undang2nya, PR boleh menyaman Sultan Perak. Tp secara etika dan adabnya, sudah tentu ini akan mengundang padah di kemudian hari.
Itu secara undang2nya, tp permasalahan ini adalah lebih rumit daripada itu. Jika dilihat di ruangan komentar di blog2. Ramai juga yg berpendapat tindakan Sultan Perak itu betul atas dasar ingin menyelamatkan ketuanan melayu yg sudah semakin terhakis di negeri Perak. Istana Perak yg selama ini terkenal dgn keintelektualannya sudah pasti telah memikirkan dengan mendalam kesan daripada tindakan ini. Mereka (para pengomen) juga mengatakan, PAS sebenarnya telah diperkudakan oleh PKR dan DAP dan MB Nizar hanyalah boneka. Isu yg paling besar yg sering disentuh adalah pemberian pajakan tanah selama 999 tahun kepada kaum cina. Mungkin mereka takut sedikit demi sedikit, lebih banyak tanah yg akan diberikan kepada kaum cina. Sejak kecik lagi, cikgu aku pon selalu ambik contoh palestin yg mana sikit demi sedikit tanah palestin dijual kepada yahudi secara terancang dan akhirnya yahudi menjadi cukup kuat untuk bertapak. So maybe la kot diorang ni takut kot2 mende yg sama akan jadi kat mesia ni.
Lagi satu, mereka mempersoalkan, kenapa penyokong pas je yg turun masa demo arituh, mane penyokong PKR dan DAP? Sedangkan PAS hanya ade sikit je kerusi dekat Perak. Yg patut lebih mempertahankan perkara ini adalah penyokong PKR dan DAP. Ini menguatkan lagi pandangan yg PAS telah diperkudakan. So skrg nak buat ape? Sultan mesti ade ego dia untuk menarik balik pemecatan Nizar. PR juga selaku yg ditindas takkan nak biarkan je sedangkan dia tahu bahawa tindakan Sultan tu salah. Tapi, nak ambil apa2 tindakan terhadap Sultan adalah bukan satu perkara yg senang. Silap percaturan, akan dituduh derhaka dan taulakan org melayu ni sayang kat sultan sampai sanggup buat apa saja (mcm citer Hang Tuah la plak). Yer la kan, Sultan kan simbol kedaulatan dan ketuanan Melayu, so takut la klu mudah2 ditentang dan takde org defend, kesultanan melayu boleh lenyap plak nanti.
Since aku ni adalah nobody dalam politik Malaysia, aku rasa bebas la kot klu nak speak my mind. Pada pandangan aku, jalan terbaik adalah untuk DS Nizar meletak jawatan. Perak ni bukan mcm Kelantan or Kedah yg mana majoriti ADUN adalah wakil PAS. So, mcm menghabiskan bogheh je berjuang bermatian utk terus menjadi MB. Yg paling dapat benefit klu menang adalah DAP dan PKR. Kalau menang pon, bagaimana pula agaknya reaksi Sultan dengan kerajaan PR di bawah pimpinan Nizar? Tapi, kalau kalah dan krisis ni berlarutan, yg akan effected adalah PAS sbb seolah2nya rakyat akan berpendapat PAS yg berdegil dan PAS yg suka gaduh ngn istana. Sebabnya org PAS yg banyak buat demo. Kalau DS Nizar letak jawatan, rakyat akan ingat tentang perkara ni dan inshaAllah, masanya akan tiba jugak akan datang.
Banyak lagi sebenarnya aku nak komen untuk justify. Tapi mcm dah panjang lak artikel ni mengalahkan A Kadir Jasin plak lagaknya.. Aku gelak gak bace artikel Che Det ni..
“Kita boleh pandang dan lihat sandiwara yg sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran drpd sandiwara ini kerana dialah yg beria-ria sgt untuk ada lompat katak yg terbesar pada Sept 16. Oh! Silap, Sept 24. Oh! Silap lagi. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim masuk PKR dan keluar drpd PKR. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he! “
Geli hati geli hati jgk, kang berlaku betul2 lompat katak terbesar setelah kejadian Perak ni kang.. baru terduduk semua org.. He, he, he!